Berita

‘Back To School’ Ceriakan Pelajar Berdepan Sesi Persekolahan 2014

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama Isteri, Datin Seri Anggriani Sentiyaki serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan En Roslan Hassan telah menyampaikan bantuan persekolahan kepada anak-anak tempatan sebagai persediaan mereka untuk menghadapi sesi persekolahan tahun hadapan. Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Serbaguna Menara Seri Wilayah Kementerian Wilayah Persekutuan.

Seramai 610 penerima bantuan yang terdiri daripada kanak-kanak sekolah rendah dan menengah yang menerima beg sekolah dan wang tunai sebanyak RM100 setiap seorang.

Dalam ucapannya, beliau berharap agar bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan akan meringankan bebanan memandangkan kos kehudupan yang semakin tinggi dan pendapatan masyarakat masih ada yang mengalami kekangan dan kekurangan.

“Bantuan daripada Kementerian Pelajaran untuk para pelajar darjah 1 hingga 6 masih lagi diteruskan dan hari ini kita bantu sedikit sahaja beg sekolah dan sedikti wang untuk ibu bapa membeli keperluan sekolah anak-anak” katanya.

IMG-20131130-WA0003 - Copy

IMG-20131130-WA0004

IMG-20131130-WA0005 - Copy

IMG-20131130-WA0015

IMG-20131130-WA0016