Lestarikan Kesejahteraan Bersama Raikan Warga Emas
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama isteri Datin Seri Anggriani Sentiyaki meluangkan masa bersama-sama dalam majlis meraikan warga emas Parlimen Putrajaya. Majlis tersebut diadakan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang sentiasa memberi sokongan dan bersama-sama memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara berterusan dengan UMNO terus diperkukuh. Majlis anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Putrajaya dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan tersebut berlangsung secara santai dan meriah bertempat di Dewan Serbaguna Menara Seri Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan.
You must be logged in to post a comment.