Berita

Selamat Bersidang Perwakilan Sayap Putrajaya

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat bersidang kepada para perwakilan pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang akan turut serta mewarnai Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya berharap agar para perwakilan dapat memanfaatkan idea-idea yang dilontarkan oleh para pembahas untuk dikongsi bersama bagi memperkukuh UMNO Bahagian Putrajaya.

Persidangan sayap akan bermula pada 3 Dis dengan perasmian disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan kemudiannya perhimpunan sayap bersambung pada 4 Dis dengan Persidangan Wanita di Dewan Tun Hussein Onn, Pemuda di Dewan Merdeka dan Puteri di Dewan Tun Dr. Ismail.