Berita

Hari Wilayah Persekutuan Dirai Dengan Kesyukuran

PUTRAJAYA – Kedatangan 1 Februari yang menjadi tarikh penubuhan Gagasan Wilayah Persekutuan dirai dengan penuh kesyukuran melalui majlis bacaan surah Yassin doa selamat. Majlis tersebut telah diadakan di Masjid Al Iman Ash Shafie Taman Maluri Cheras dengan dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Adnan Mad Ikhsan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Ahmad Phesal Abdul Talib.

Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya menjelaskan tema kali ini ialah ‘Wilayah Persekutuan Ceria’ dengan sambutan kali ini bersifat sederhana sebagai langkah alternatif menyahut seruan kerajaan yang mahu semua agensi dan kementerian supaya berjimat cermat.

“Kita tidak akan adakan pelancaran dan saya sendiri telah mengarahkan kementerian untuk memotong bajet sambutan sebanyak 4 juta ringgit, dan wang itu kita akan belanjakan dengan sedekah kan kepada anak-anak yatim, pusat tahfiz dan ibu tunggal” katanya.

Dalam majlis yang sama, Tengku Adnan turut menyampaikan sumbangan bernilai sepuluh ribu ringgit kepada Masjid Al Imam Ash Shafie dan bantuan kepada anak-anak yatim seratus ringgit setiap seorang serta Madrasah Al Yamani dan Maahad Tahfiz Darul Ihsan masing-masing menerima lima ribu ringgit.

Majlis yang sama turut diadakan semalam di Masjid Putra anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran staff kementerian dan warga Wilayah Persekutuan hampir 200 orang.

15072_582929331795063_867114156_n

1620691_582929135128416_1155811550_n

1620943_582929298461733_69967289_n

IMG_8966

IMG_9080