Aktiviti & Komuniti

Meraikan Kelahiran Bayi Sempena Hari Wilayah

PUTRAJAYA – Datin Seri Anggriani Sentiyaki Isteri kepada Menteri Wilayah Persekutuan MERANGKAP Ahli Parlimen tempatan telah meraikan anak Wilayah yang lahir pada 1 Feb 2014 di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Seramai 10 orang anak Wilayah yang lahir pada 1 Feb 2014, yang terdiri daripada 8 orang berbangsa Melayu, seorang berbangsa India dan seorang berbangsa Sabah.

Datin Seri Anggriani Sentiyaki turut memberi sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM100.00 kepada semua ibu anak Wilayah dan juga semua ibu yang belum bersalin, termasuk sumbangan hamper.