Rencana

Takziah Untuk Keluarga Mohd Shah

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama barisan kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Mohd Shah Abdul Hamid selaku Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan Bunga Bakawali yang telah kembali ke rahmatullah. Jenazah beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dengkil hari ini. Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman di sisi-Nya. Al-Fatihah.