Berita

Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Bermula

PUTRAJAYA – Generasi muda berpeluang mengembangkang bakat dalam arena bola sepak menerusi Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Peringkat Sekolah-Sekolah di Putrajaya yang bakal bermula tidak lama lagi.

Menerusi kejohanan tersebut, tiga kategori dipertandingkan iaitu bawah 18 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 12 tahun yang melibatkan hadiah sehingga RM10,000 beserta medal menjadi rebutan.

“Saya berharap agar kejohanan ini akan menjadi pencetus kepada program pencarian bintang bola sepak di Putrajaya dan dalam masa yang sama menjadi platform utama kepada mereka untuk mengembangkang bakat serta memajukan diri dalam sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berlangsungnya majlis cabutan undi bagi setiap pasukan hari ini, 26 Feb 2014.
Kejohanan tersebut ditaja Yayasan Kesejahteraan Bandar (YKB) dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Putrajaya kini diterajui oleh Saudara Hisamudin Yahaya.

Turut hadir CEO YKB Datuk Izzudin dan Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan En Hamidi.
12481_600495406705122_2026698161_n

14508_600495466705116_121140554_n