Berita

Pembinaan Surau Sementara Di Hospital Putrajaya Diterajui UMNO

PUTRAJAYA – Keprihatinan kerajaan terhadap keselesaan dan keperluan masyarakat tidak pernah hilang sebaliknya ia menjadi perkara utama dalam pentadbiran. Sehubungan itu, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah memberitahu bahawa persetujuan berkaitan pembinaan surau di Hospital Putrajaya telah dicapai.

Jelas beliau, perbincangan telah dibuat dengan memperhalusi persetujuan untuk mewakafkan pembinaan surau sementara di Hospital Putrajaya dan akan diuruskan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya.

Pertemuan antara Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya yang diterajui oleh ketuanya, Ahmad Faizal Abdul Karim telah berlangsung lancar di pejabat Menteri Wilayah Persekutuan, Putrajaya pada 4 Mac 2014.

Dalam pertemuan ini juga, Tengku Adnan turut memberikan idea bagi memastikan usaha memperkasakan belia dan anak muda di Putrajaya diadakan secara berterusan.
1654409_10201677022940546_2080105095_n

1979704_10201677024020573_464828141_n