UMNO Putrajaya Terus Mendoakan Usaha Mencari Pesawat MH370 Berhasil
PUTRAJAYA – Warga tempatan diseru untuk terus sama-sama berdoa agar usaha mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 dipermudahkan dan memperoleh kejayaan. Pesawat terbabit membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam Jumaat. Pesawat itu dijadual mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi.
Tumpuan misi mencari MH370 adalah di perairan Timur Malaysia, di Laut China Selatan dan kemudiannya diperluaskan ke Selat Melaka bahagian Pantai Barat Malaysia dan juga sekitar Laut Andaman.
Selain Malaysia,gerakan besar-besaran yang dibuat turut dibantu oleh negara Vietnam, Republik Rakyat China, Thailand,Singapura, Indonesia, Filipina, Australia dan Amerika Syarikat.
Operasi pencarian ini melibatkan penggunaan aset-aset ketenteraan dari pelbagai cabang udara, laut dan darat termasuk juga penglibatan agensi penguatkuasaan maritim dan polis dari negara-negara yang terlibat.
You must be logged in to post a comment.