Berita

Perkukuh Perjuangan, Bersama Semarakkan Putrajaya

PUTRAJAYA – Keteguhan dan kesepakatan dalam masyarakat akan menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan bersama sebagaimana yang sentiasa dipelihara dan diterapkan kerajaan, kata Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau yang berucap dalam majlis penyampaian hadiah Hari Lahir pengundi Cawangan Bunga Selasih, Bunga Raflesia, Bunga Santalia, Bunga Carnation dan Bunga Kesuma melahirkan penghargaan atas sokongan berterusan dan usaha yang tidak henti-henti dari rakyat dalam menjayakan perancangan kerajaan.

“Sebagai pemimpin di sini saya amat menghargai kehadiran semua dan berterima kasih kerana sentiasa memberi sokongan dan bersemangat dalam menjayakan perjuangan kita demi agama, bangsa dan negara,” katanya.

Beliau turut menyampaikan cenderahati kepada seramai 210 orang penduduk tempatan yang diraikan di Dewan Serbaguna Fasa 12 Presint 9 pada 23 April 2014.
Turut hadir dalam bersama-sama meraikan warga tempatan ialah isteri beliau, Datin Seri Anggriani Sentiyaki.

123

124

125

128

129

130

131

132

133