Berita

Sokongan Rakyat Pastikan Kerajaan Terus Utamakan Kesejahteraan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah meraikan majlis hari lahir beramai-ramai bersama pengundi  di Presint 9 yang melibatkan cawangan Kiambang, Kekwa dan Kaktus.

Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya pada 25 April 2014 (Jumaat)  yang diadakan di Surau Al Falah Presint 9.

Sebelum itu, beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan telah mengadakan sesi dialog sebagaimana lazimnya dengan mendengar sendiri masalah yang dihadapi oleh penduduk tempatan dan sebagai pemimpin keutamaan adalah kepada keselesaan rakyat keseluruhannya.

Beliau turut melahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada para penduduk yang hadir serta sentiasa memberikan sokongan kepada usaha berterusan kerajaan.  Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.

Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua.

1513648_830022493693208_2133881442426768052_n 1526115_830021803693277_8312313028532219436_n 1601073_830022423693215_338161382122549552_n 1911789_830022457026545_66898756173218734_n