Berita

UMNO Putrajaya Terus ‘Membara’, Rakyat Jadi Keutamaan

PUTRAJAYA – Program Membantu Rakyat (Membara) yang diperkenalkan Barisan Nasional (BN) pada tahun ini dilihat sebagai inisiatif berterusan kerajaan dalam usaha mendekati rakyat dan menjalin hubungan erat antara pemimpin dan masyarakat tempatan. Lantaran itu, UMNO Bahagian Putrajaya dengan kerjasama Komuniti 1Malaysia, Persatuan Penduduk, KRT, NCDP dan MPPWP Zon J Presint 16 telah mengadakan program mesra penduduk Info 1Malaysia dan Membara Rakyat yang antara pengisiannya adalah berkaitan dengan keprihatinan kepimpinan tertinggi terhadap masyarakat setempat.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Komuniti Aprt. P16 yang antara lain turut menyediakan pemeriksaan percuma kepada rakyat tempatan termasuklah penyakit kencing manis, tekanan darah dan sebagainya. Selain itu turut diadakan pameran kesihatan berkaitan bahayanya denggi.

IMG-20140505-WA0002

IMG-20140505-WA0003

IMG-20140505-WA0005