Berita

Majlis Sambutan Hari Lahir Akrabkan Hubungan Pemimpin dan Rakyat

PUTRAJAYA – Sambutan hari lahir beramai-ramai yang menjadi tradisi kepada Parlimen Putrajaya diteruskan dengan Menteri Wilayah Persekutuan selaku Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meraikan seramai 90 orang penduduk dalam satu majlis yang meriah. Turut bersama beliau ialah isteri, Datin Seri Anggriani Sentiyaki yang bersama-sama dalam menyampaikan cenderahati hari lahir dengan kemuncak acara ialah pemotongan pulut kuning sebagai simbolik majlis tersebut. Majlis ini meraikan para pengundi Cawangan Bunga Lawang yang berlangsung di perkarangan Surau Al-Muttaqin Presint 5.

Dalam ucapannya, beliau melahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada para penduduk yang sentiasa member sokongan kepada kepimpinan kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab dan kerjasama antara rakyat dan kerajaan akan membantu pembangunan dan kemajuan berlangsung lancar.

124

125

126

127

128

129

130

131

132

134