Berita

Pemimpin Tempatan Semarakkan Sambutan Hari Lahir Beramai-ramai

PUTRAJAYA – Seramai 400 orang penduduk tempatan yang terdiri dari para pengundi di Cawangan Bunga Exora, Bunga Melati, Bunga Bourgenvilla, Bunga Sakura dan Bunga Cempaka telah diraikan dalam majlis sambutan hari lahir beramai-ramai yang dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam ucapannya, beliau menyeru masyarakat setempat untuk meneruskan kesinambungan kemesraan dan hidup muafakat dalam satu keluarga besar sebagaimana yang menjadi tradisi bagi warga Putrajaya.

Majlis tersebut berlangsung dengan jayanya di Dewan Menara Seri Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan pada 6 Mei 2014.

Turut hadir dan bersama-sama menyampaikan cenderahati kepada khalayak yang diraikan ialah isteri beliau, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.

IMG_1272

IMG_1331

IMG_1338

IMG_1351

IMG_1361

IMG_1364

IMG_1372

IMG_1418

IMG_1429

IMG_1442