Berita

Hayati Matlamat Perjuangan UMNO

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan ahli-ahli UMNO untuk berpegang kukuh kepada asas dan tujuan penubuhan UMNO sebagai sebuah parti politik yang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa mempengerusikan persidangan UMNO Cawangan Bunga Matahari sebagaimana tuntutan dalam Perlembagaan UMNO. Beliau yang juga ketua cawangan Bunga Matahari meminta ahli-ahli parti menjadikan asas perjuangan UMNO sebagai matlamat dalam berpolitik.

“Antara asas dan tujuan UMNO adalah untuk mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara dengan mendukung Perlembagaan serta menegakkan dan mempertahankan agama rasmi negara iaitu agama Islam,” katanya.

Majlis yang berlangsung di Kelab Tasik, Presint 8 pada 7 Mei 2014 (Rabu) itu telah dihadiri oleh ahli-ahli cawangan termasuklah anggota pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.
DSCN2824

DSCN2828

IMG-20140508-WA0001

IMG-20140508-WA0002

IMG-20140508-WA0003

IMG-20140508-WA0005