Aktiviti & Komuniti

Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

PUTRAJAYA – Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Peringkat Sekolah-Sekolah di Putrajaya sedang berlangsung dengan tiga kategori dipertandingkan iaitu bawah 18 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 12 tahun. Pertandingan ini menawarkan hadiah sehingga RM 10,000 beserta piala pusingan yang melibatkan 10 buah sekolah menengah sekitar Putrajaya. Antara matlamat kejohanan tersebut diharapkan agar ia menjadi pencetus kepada program pencarian bintang bola sepak di Putrajaya dan dalam masa yang sama menjadi platform utama kepada mereka untuk mengembangkang bakat serta memajukan diri dalam sukan.