Berita

Warga Putrajaya Dijemput Raikan Hari UMNO Di PWTC

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung UMNO merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjemput ahli-ahli UMNO dan warga Putrajaya untuk bersama-sama meraikan sambutan hari ulang tahun UMNO peringkat pusat yang akan disambut genap pada hari penubuhannya, 11 Mei di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Majlis akan bermula bermula dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan surah Yassin, tahlil dan doa kesyukuran.

Selepas solat Isyak akan ada upacara menaikkan bendera UMNO, dan kemudiannya Presiden parti Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan menyampaikan ucapan. Presiden juga akan menyampaikan anugerah kepada tokoh Melayu terbilang iaitu individu yang sangat banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Marilah kita sama-sama meraikan sambutan Hari UMNO ini, untuk parti yang sangat banyak berjasa dan bangsa Melayu – Bersatu Bersetia Berkhidmat.

jemputan 11 mei (2)