Berita

Hari Belia 2014 Kembalikan Sirkit Pancing Putrajaya

PUTRAJAYA – Sempena Hari Belia Negara 2014 yang akan berlangsung di Putrajaya dari 22 hingga 25 Mei ini akan mengembalikan Sirkit Pancing Putrajaya Siri 2/2014 bertempat di Sisiran Tasik Presint 4, Tasik Putrajaya.

TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN
Tarikh Pertandingan Memancing adalah pada 25 Mei 2014 iaitu pada hari Ahad (7:30 pagi hingga 12:30 tengahari).

TEMPAT PERTANDINGAN
Sisiran Tasik Presint 4, Tasik Putrajaya.
Pertanyaan : 03-8000 8000
Yuran Penyertaan : Warganegara -RM10.00 | Bukan Warganegara -RM50.00

HADIAH PERTANDINGAN SIRKIT PANCING SIRI 1/2014
i. Tempat Pertama RM 7,000.00
ii. Tempat Kedua RM 5,000.00
iii. Tempat Ketiga RM 3,000.00
iv. Tempat 4-13 RM 200.00
v. Tempat 14 – 20 Hamper

PENDAFTARAN untuk penyertaan pertandingan adalah seperti berikut :
• Pendaftaran secara ONLINE bermula pada 12 Mei 2014 dan berakhir pada 21 Mei 2014, jam 11.59pm.Sila muat turun [ SYARAT & PERATURAN ]
• Secara WALK-IN di I-Center Dataran Putra, Presint 1 dan Pusat Khidmat Pelanggan (OSC) di Kompleks Perbadanan Putrajaya yang bermula pada 19 – 23 Mei 2014 (09:00 pagi – 5:00 petang).
• Kaunter Pendaftaran 24 Jam di Tapak Pertandingan pada 24-25 Mei 2014 bermula jam 10.00 pagi hingga tamat masa pertandingan pada 12.30 tengahari, 25 Mei 2014