Berita

Prihatin Masalah Rakyat, Sesi Soal Jawab Rungkai Keresahan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau akan mengusulkan kepada kabinet agar kadar penggunaan bulanan elektrik yang dikecualikan tarif baharu dinaikkan daripada 300kWj kepada 500kWj.

“Saya akan membawa perkara ini kepada kabinet dan akan mencuba sekali lagi agar kadar tarif baharu elektrik dikecualikan kepada penggunaan sehingga 500kWj/sebulan,” katanya ketika sesi soal jawab dalam Program Bersama Komuniti anjuran Tenaga Nasional Bhd (TNB) peringkat wilayah Persekutuan Putrajaya.

Bermula 1 Jan lalu, tarif baharu elektrik dilaksana sejajar dengan langkah kerajaan melalui Program Rasionalisasi Subsidi, namun TNB menjangka 70.7 peratus atau 4.6 juta pelanggan domestik tidak akan terjejas dengan tarif baharu itu.

Kerajaan juga akan terus memberi subsidi sebanyak 16.2 sen/kWj kepada pengguna domestik dalam lingkungan penggunaan 0-200 kWj/sebulan.

Kerajaan juga akan memberi subsidi sebanyak 14.1 sen/kWj kepada pengguna domestik dalam lingkungan 201-300kWj/sebulan.
Seramai 150 peserta hadir dan memberi pandangan mereka berkenaan perkhidmatan TNB dan amat menghargai majlis sedemikian kerana dapat menyalurkan maklumat secara langsung kepada pemimpin atasan.

125

126

1212