Peranan Wanita Diiktiraf, Sumbangan Terus Dihargai
PUTRAJAYA – Golongan wanita memainkan peranan besar dalam membawa keharmonian dan kesejahteraan yang bermula dari keluarga dan memberi kesan dalam masyarakat. Sehubungan itu, Program Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya dengan kerjasama Badan Amal Kasih Ibu Putrajaya telah meraikan kaum hawa dalam sambutan meriah yang berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 16 hari ini, 1 Jun 2014 (Ahad).
Program tersebut turut dilaksanakan bersempena dengan sambutan hari ibu peringkat Putrajaya dengan majlis dirasmikan oleh isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggraini Sentiyaki. Semoga dengan kelancaran program tersebut, golongan wanita terus mendapat suntikan semangat untuk bersama-sama memastikan kesinambungan masa hadapan generasi seterusnya terjamin.
You must be logged in to post a comment.