Rencana

Meriahkan Walimatul Urus Bersama Rakyat Tempatan

PUTRAJAYA – Kesempatan cuti persekolahan digunakan sepenuhnya untuk berkumpul bersama-sama termasuklah meraikan majlis perkahwinan sebagaimana yang dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Beliau telah meluangkan masa untuk memeriahkan majlis perkahwinan para pengundi di sekitar Putrajaya. Antaranya ialah
majlis perkahwinan anak lelaki En Mahmud Ali dan Pn Rosnani Hashim yang telah berlangsung di Dewan Seri Melati Perbadanan Putrajaya pada 8 Jun 2014 (Sabtu).

Dalam masa tersebut, beliau turut menghadiri satu lagi majlis perkahwinan dengan ditemani oleh isterinya, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki. Di samping dapat meraikan pasangan raja sehari, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya menggunakan ruang yang ada untuk bersama-sama beramah mesra bersama rakyat tempatan. Beliau berharap agar kesejahteraan dan keharmonian yang ada akan terus berkekalan dan pasangan mempelai beroleh kebahagiaan hingga ke akhir hayat.

image[2]