Berita

Khidmat Percuma Pusat Internet 1Malaysia Untuk Keselesaan Bersama

PUTRAJAYA – Pusat Internet 1 Malaysia yang terletak di Presint 16 menyediakan perkhidmatan untuk keseluruhan masyarakat tempatan mendapatkan capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi dan kemudahan IT terkini. Bagi memastikan semua perancangan berlangsung lancar, pemimpin tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meninjau sendiri pusat internet tersebut dengan ditemani oleh isterinya, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki pada 7 Jun 2014.

Pusat Internet 1 Malaysia dengan komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus. Dengan adanya pusat tersebut, ia akan dapat menyuburkan semangat kejiranan dan menyediakan kemudahan internet kepada semua penduduk.

10461860_759236284128921_891347691_n