Berita

Penerangan Isu-Isu Semasa Cantas Persepsi dan Manipulasi Negatif

PUTRAJAYA – Majlis Penerangan Isu-isu semasa yang dilaksanakan akan dapat menangkis serangan negatif dan dakyah tidak benar berkaitan peranan dan agenda kerajaan dalam mentadbir negara. Sehubungan itu, tajuk berkaitan ‘Hudud’ menjadi pilihan utama dalam memastikan masyarakat memahami peranan sebenar kerajaan dengan kupasan terperinci dibuat oleh mereka yang pakar dan arif berkaitan hal terbabit.

Majlis tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Menara Seri Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan pada 11 Jun 2014 (Rabu). Penerangan terperinci dibuat berkaitan pelaksanaan hukum hudud di Malaysia serta kepentingan umat Islam untuk bersatu menentang COMANGO yang mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular bukan sahaja dari segi agamanya malahan turut mahu hak LGBT diberikan samarata di negara ini. Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

1510443_655627027858626_5129222571011482132_n

10312353_655627041191958_4250286823426226549_n

10426797_655627057858623_1853996286535656328_n