Rencana

Walimatul Urus Keluarga En Suaidi

PUTRAJAYA – Kesibukan dalam melaksanakan tugas tidak menghalang Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki untuk menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki pengundi Putrajaya, En Suaidi Suki. Majlis tersebut berlangsung dengan meriah di Dewan Kementerian Wilayah Persekutuan Presint 2 pada 14 Jun 2014 (Sabtu). Beliau melahirkan rasa gembira kerana dapat bersama-sama memeriahkan majlis bersama-sama para tetamu yang lain serta mendoakan agar pasangan pengantin akan beroleh keberkatan di dunia dan akhirat.
10445945_691327867569165_3488508238954097944_n