Rencana

Selamat Pengantin Baru Alif & Aliya

PUTRAJAYA – Majlis perkahwinan anak pengundi Parlimen Putrajaya, En Mohd Sani Hussin telah berlangsung meriah di Zam Zam Grand Ball Room di seksyen 9 Shah Alam pada Sabtu, 14 Jun 2014. SUK UMNO Putrajaya, Tuan Haji Baharudin dan isteri telah hadir sebagai wakil kepada Ahli Parlimen Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyampai salam tahniah kepada keluarga dan pasangan mempelai. Semoga dengan ikatan yang terjalin kedua-dua mempelai akan diberikan keberkatan dan berbahagia hingga ke akhir hayat.