Berita

Nur Ramadan Imarahkan Putrajaya Menjelang Bulan Mulia

PUTRAJAYA – Sebagai tanda meraikan kedatangan bulan Ramadan, UMNO Bahagian Putrajaya telah mengimarahkan kedatangannya dengan memberikan sumbangan kepada surau-surau di sekitar kawasan terbabit. Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyampaikan sendiri bantuan kepada 51 buah surau yang terdapat dalam kawasan tersebut.

Majlis sumbangan tersebut telah berlangsung di Surau An-Najah, Presint 9 pada 26 Jun 2014 (Khamis) dengan turut disertai oleh para penduduk tempatan.

Sebelum itu, Datuk Seri Tengku Adnan bersama-sama para penduduk tempatan telah menyertai majlis doa selamat dan bacaan tahlil selepas menunaikan Solat Maghrib berjemah yang kemudiannya diikuti oleh Solat Isyak.

Program Nur Ramadhan ini adalah acara tahunan yang berlangsung di Parlimen Putrajaya menjelangnya kedatangan bulan puasa. Sumbangan yang diberikan diharap akan dapat sama-sama meminumkan kesulitan dan memartabatkan agama Islam dengan kedaulatan bangsa dan negara pada masa hadapan.

IMG-20140626-WA0037

IMG-20140626-WA0040

IMG-20140626-WA0041

IMG-20140626-WA0046

IMG-20140626-WA0052

IMG-20140626-WA0054

IMG-20140626-WA0056

IMG-20140626-WA0058

IMG-20140626-WA0060

IMG-20140626-WA0061

IMG-20140626-WA0064

IMG-20140626-WA0065