Aktiviti & Komuniti

Pelancaran Kelab Kebudayaan & Kesenian Putrajaya

PUTRAJAYA – Dalam usaha mengembangkan seni budaya dan kesenian masyarakat tempatan, Kelab Kebudayaan dan Kesenian Putrajaya telah dilancarkan dengan majlis tersebut berlangsung di Kelab Tasik Putrajaya pada 25 Jun 2014. Kelab tersebut juga diwujudkan sebagai aspirasi dalam memberi bimbingan dan galakan yang berterusan kepada generasi muda.