Sumbangan Aidilfitri Pemuda & Puteri UMNO Putrajaya
PUTRAJAYA – Menjelang Hari Raya Aidilfitri, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya sepakat untuk menghulurkan bantuan bagi membeli barangan persedian untuk golongan yang tidak berkemampuan dan yang kurang bernasib baik. Melalui program Sumbangan Aidilfitri, Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Ahmad Faizal Abdul Karim dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Noor Aini Mustafar turut serta bersama-sama melayan mereka yang memerlukan. Turut sama menceriakan program tersebut ialah penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar yang asalnya hanya seorang pengemis. Turut hadir ialah isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki. Semoga dengan bantuan yang dihulur akan dapat mengembirakan mereka yang kesusahan dan sama-sama mensyukuri setiap nikmat yang diberi.
You must be logged in to post a comment.