Berita

Ukhwah Ramadan Terpatri Dalam Majlis Berbuka Beramai-ramai

PUTRAJAYA – Keakraban dalam masyarakat dapat menyemai budaya murni dan kebersamaan menghayati bulan puasa dengan penuh barakah telah dizahirkan melalui program berbuka puasa anjuran Ketua-ketua Cawangan UMNO Bahagian Putrajaya. Lebih bermakna apabila progran berbuka puasa ini menjadi realiti dengan penyediaan makanan dibuat dengan sukarela secara potluck daripada cawangan cawangan masing-masing. Program yang julung kali dianjurkan ini telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Julai 2014 (Selasa) dan setiap ahli UMNO hadir bersama-sama anggota keluarga masing-masing. Semoga dengan terlaksananya program sedemikian, jalinan ukhwah warga Putrajaya akan lebih kukuh dan dapat terus menyemarakkan perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara.

02

03

04

05

06