Aktiviti & Komuniti

Kelab Karyawan dan Wartawan Muda Putrajaya

PUTRAJAYA – Golongan remaja yang berminat dan mempunyai bakat dalam bidang penulisan berpeluang meluaskan pengetahuan dan menimba ilmu melalui Kelab Karyawan dan Wartawan Muda Putrajaya. Kelab ini menyediakan peluang kepada anak-anak muda yang berminat dalam penulisan artikel untuk berkongsi cerita dan yang terpilih akan dimuatnaik dalam portal MyPutrajayaNews. Dalam masa yang sama, platform ini turut membuka peluang kepada anak muda yang mempunyai bakat dalam bidang kewartawanan dan jurugambar. Sebulan sekali akan diadakan bengkel dalam usaha menajamkan lagi kebolehan yang sedia ada. Sehubungan itu, majlis penyampaian tag kepada anggota Kelab Karyawan dan Wartawan Muda Putrajaya telah diadakan dan disempurnakan oleh Datuk Rahimi Rejab iaitu SUSK Menteri Wilayah Persekutuan.

01

02

03