Sambutan Minggu Perpaduan Perteguh Muafakat
Putrajaya – Bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan ke-57, Jabatan Perpaduan dan Komuniti Putrajaya telah menganjurkan Program Sambutan Minggu Perpaduan pada Ahad, 14 Sept 2014 di Padang Riadah, Taman Pancarona, Presint 18. Program tersebut telah disempurnakan oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Program yang bermula seawal pukul 8.00 pagi dengan sesi senamrobik berlangsung dengan jayanya dan masyarakat setempat mendapat info serta bersama-sama menyemarakkan program tersebut.
You must be logged in to post a comment.