Berita

Warga Putrajaya Serius Hapuskan Aedes

PUTRAJAYA – Atas kesedaran bagi memastikan persekitaran Putrajaya bebas dari serangan nyamuk aedes yang boleh mengakibatkan wabak denggi, komuniti Presint 5 telah sepakat dengan mengadakan Majlis Pelancaran Gerak Gempur Aedes dan Penubuhan Strategi Mobilisasi Sosial dan Komunikasi (COMBI). Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Khairudin Samad, Ahli Dewan Negara merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya pada 21 Sept 2014, Ahad.

Program dianjurkan oleh MPPWP SubZon A Presint 5R3 5R4 dan 5R6 dengan kerjasama Kementerian WP, PPJ, BPH, Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya, MPPWP, KRT dan AJK MPPWP Sub Zon A diwujudkan bagi memupuk masyarakat dan memberi kesedaran kepentingan persekitaran bebas nyamuk aedes di kawasan persekitaran.

Selain itu diharapkan dengan program tersebut, masyarakat akan lebih peka bagi menangani isu kesihatan dalam komuniti selain mewujudkan rasa tanggungjawab bersama dan mempengaruhi orang ramai untuk mengukuhkan tinggah laku sihat dalam komuniti.

565051_735317649836853_7761441539612784543_n

1907806_735317536503531_7447791449253059506_n

10538550_735317609836857_2470797894044309867_n

10653368_735317366503548_8535918140937107953_n

10659337_735317386503546_30472883707394112_n