Berita

Manfaatkan Masa Bersama Untuk Perkukuh Muafakat

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menekankan betapa perlunya kebersamaan dan permuafakatan dalam masyarakat kerana disitulah lahirnya persefahaman untuk keharmonian hidup bersama.

Katanya, dalam apa jua keadaan, setiap individu masyarakat perlu menekankan kebersamaan menjalani kehidupan dengan perpaduan menjadi kunci utama untuk mencapai kelestarian hidup.

“Ini kerana, perpaduan adalah asas kepada kestabilan negara dan ia perlu dipupuk dan diperkuatkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam yang meraikan sambutan hari lahir beramai-ramai untuk pengundi di Cawangan bunga Lawang, Cempaka, Bougenvilla, Sakura, Kemuning dan Cengkih.

Katanya, Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita semua memikul amanah dalam menjayakan agenda kerajaan dengan bersama-sama melestarian persekitaran untuk kehidupan yang harmoni.

Majlis yang berlangsung pada 22 Sept. 2014, Isnin di Dewan Serbaguna Kementerian Wilayah Persekutuan turut disertai isterinya, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.
Beliau berharap dengan adanya majlis-majlis sedemikian, hubungan akrab dikalangan masyarakat terus dapat dipereratkan.

10155440_735898119778806_6917685458231477445_n

10394133_735898186445466_5587883965080973661_n

10690329_735898106445474_1026341158987865361_n

10414462_735898066445478_8575475183267600422_n (1)