Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan semua Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua penduduk dan warga Putrajaya.
Marilah bersama-sama kita meraikan Hari Raya Korban dengan semangat persaudaraan untuk terus memastikan perpaduan dan permuafakatan sesama kita terus terpelihara dan menyemarakkan syiar Islam untuk kesejahteraan berterusan.