Berita

Ibadah Korban Parlimen Putrajaya 2014 Buktikan Kesatuan Rakyat

PUTRAJAYA – Ibadah Korban Parlimen Putrajaya 2014 telah membuktikan kesatuan masyarakat tempatan yang muafakat bersama-sama menyempurnakan 53 ekor lembu yang dikorbankan secara bergotong-royong untuk masyarakat tempatan. Program yang bermula jam 10.00 pagi iaitu selepas selesainya menunaikan solat Aidiladha telah selesai pada jam 6.00 petang.

Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyumbangkan sebanyak 55 ekor lembu yang mana dua ekornya telah disembelih sehari sebelumnnya bagi dijadikan juadah kepada orang ramai yang bergotong royong dalam menyempurnakan ibadah korban ini.

Sehubungan itu, rakyat tempatan melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Datuk Seri Tengku Adnan yang tidak bersama kerana menunaikan ibadah haji bersama isterinya. Setinggi tahniah dan syabas juga kepada semua ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya, ketua-ketua Cawangan dan semua individu yang telah bertungkus-lumus dalam usaha memastikan kelancaran penyembelihan sehinggalah proses agihan dilakukan. Semoga kita semua akan terus diberkati-Nya.

IMG_26608139422829

IMG_26617321337409

IMG_26623340076000

IMG_26631480386362

IMG_26635039036464

IMG_26638432101775

IMG_26641737421149

IMG_26645730944169

IMG_26649478820625

IMG_26692017718370

IMG_26695693028630

IMG_26699343260138

IMG_26707614636125

IMG_26710725658936

IMG_26715178757059

IMG_26718521871328