Berita

Takziah Kepada Keluarga Allahyarham En Jaslee Hj Ahmad

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya dan semua ahli jawatankuasa serta para penduduk tempatan mengucapkan salam takziah kepada keluarga En Jaslee Haji Ahmad, Ketua UMNO Cawangan Bunga Daisy merangkap AJK UMNO Bahagian Putrajaya yang telah kembali ke rahmatullah 7 Okt 2014, Selasa. Allahyarham yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Kubu Gajah Sg Buluh. Turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah YB Senator Datuk Khairudin Samad, Ahli Dewan Negara merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya serta AJK dan warga tempatan. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kumpulan orang-orang yang beriman. – Al-Fatihah.

1619090_742296172472334_3861878213595075062_n

10704002_742296232472328_5573922825680479071_n