Berita

Muafakat Bersama Pastikan Denggi Tiada Tempat Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Majlis Jalinan Mesra Komuniti Bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon D telah mengadakan aktiviti bergotong-royong sebagai alternatif utama bagi menjaga kebersihan dan memastikan nyamuk aedes tiada tempat di Putrajaya. Melalui Pelancaran Pasukan COMBI Putra Harmoni Presint 9, Putrajaya yang berlangsung di Pangsapuri Putra Harmoni pada Ahad 2 Nov 2014, para penduduk sepakat untuk bersama-sama menggembling usaha mencegah pembiakan nyamuk aedes yang membawa kepada demam denggi. Majlis pelancarannya telah dirasmikan oleh YBhg Dr Othman Warijo iaitu Pengarah Kesihatan Putrajaya. Turut hadir ialah ketua-ketua Komuniti, wakil-wakil MPP dan AJK UMNO Bahagian. Semoga usaha murni tersebut terus mendapat sokongan dan Putrajaya bebas dari denggi.

1609556_754518231250128_395454625718804530_n

10169342_754518427916775_5368480984302737647_n

10289868_754522901249661_7251113425329388612_n

10360542_754518061250145_8177138403384853631_n

10391446_754518121250139_3339270610085446270_n