Berita

Masyarakat India Dirai Dalam Sambutan Deepavali Putrajaya

PUTRAJAYA – Kepelbagaian dalam kesatuan yangmenjadi amalan kerajaan dalam meneyemarakkan perpaduan direalitikan melalui majlis makan malam Sambutan Deepavali 2014 yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Kejiranan Presint 9 pada 5 Nov, Rabu. Dalam majlis tersebut, semua pengundi dari kaum India telah diraikan dalam suasana akrab yang menzahirkan kemesraan komuniti di Putrajaya.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Senator DatUK Khairudin Samad, Ahli Dewan Negara Merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya. Turut hadir YBhg Datin Seri Anggraini Sentiyaki, isteri Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Datuk Seri Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya tidak dapat bersama-sama dalam majlis tersebuit kerana melunaskan tanggungjawabnya dalam Persidangan Parlimen iaitu melakukan penggulungan atas usul yang dibentangkan. Namun demikian, beliau menyampaikan salam penghargaan kepada mereka yang hadir dan berharap agar sokongan dari masayarakat India serta seluruh rakyat tempatan kepada kerajaan Barisan Nasional akan berterusan.

01

04

06

08

11

image3

image4