Aktiviti & Komuniti

Majlis Malam Mesra 2014

PUTRAJAYA – Majlis Malam Mesra 2014 Bersama Ahli Kelab Tasik Putrajaya telah berlangsung pada 20 Dis 2014, Sabtu yang telah disempunakan oleh YBhg Tan Sri Datuk Seri Dr. Aseh Che Mat selaku Pengerusi Kelab merangkap Presiden Perbadanan Putrajaya. Turut hadir YBhg Datuk Haji Nordin Hasan, Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya yang juga Ahli Lembaga Perbadanan Putrajaya.

Majlis tersebut telah dihiburkan oleh Artis Gegar Vaganza Ardilla Idris dan penari-penari Kebudayaan Kumpulan Tarian Bambu Etnik selain cabutan nombor bertuah.

10445602_777565918945359_6674675750637004120_n