UMNO Putrajaya Gerakkan Usaha Bantu Mangsa Banjir
PUTRAJAYA – Banjir yang melanda Pantai Timur memberi kesan yang bukan sedikit malah kehilangan harta benda dan pelbagai barang kelengkapan harian amat memeritkan yang mana hal tersebut turut dirasai oleh warga Putrajaya. Mengambil pendekatan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing maka kerja-kerja sukarelawan dengan mengumpulkan barang bantuan khususnya pakaian dilaksana yang diketuai oleh Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya dengan kerjasama Pergerakan Wanita dan Puteri serta pelbagai latar belakang sukarelawan turut membantu.
Kerja-kerja secara gotong-royong ini telah dilaksana di Fasa 4, Presint 9 dengan seliaan daripada Pengerusi Biro Kebajikan, Puan Husna Rahaman. Semoga dengan usaha murni tersebut akan dapat meringankan beban para saudara kita yang dilanda musibah dalan bencana banjir.
You must be logged in to post a comment.