Berita

Muafakat Bersama Realitikan Majlis Kenduri Rakyat

PUTRAJAYA – Permuafakatan dalam masyarakat merealitikan silaturrahim setempat melalui Majlis Kenduri Rakyat Komuniti Fasa 5 & 6 Presint 9 Putrajaya yang berlangsung pada Sabtu, 27 Dis 2014. Melalui majlis tersebut, penduduk dari pelbagai latar belakang dapat berkumpul bersama-sama selain menjayakan majlis dalam suasana kekeluargaan. Lebih bermakna apabila Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya turut meluangkan masa dan hadir dalam majlis tersebut.

Turut serta ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya, Puan Sadiah Bakar dan juga AJK UMNO Bahagian serta Ketua-ketua Cawangan dan juga komuniti setempat.

10246552_781443855224232_4747136223097044541_n
10801628_781443995224218_7550484472762162274_n

10891557_781443925224225_2657289413284160051_n