Misi Bantuan Banjir Berjalan Lancar
PUTRAJAYA – Misi menghantar bantuan untuk mangsa-mangsa banjir oleh Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya ke Bandar Chenor dan kampung-kampung di sekitarnya dengan menggunakan Van Skuad Sayang berlangsung lancar dengan diketuai oleh Ketua Pergerakan Wanita UMNO Putrajaya, Puan Sadiah Bakar bersama AJK Wanita UMNO tempatan pada Ahad, 28 Dis 2014. Semoga sumbangan yang dihulur dapat meringankan beban mereka yang menjadi mangsa banjir.