Rencana

Pastikan Putrajaya Ceria Tanpa Aedes

PUTRAJAYA – 28/12/2014 – Ahad – Program Pelancaran iM4U, Sukarelawan COMBI, Pelepasan Konvoi Wira Owners Club Malaysia & Gotong Royong Bersepadu telah berlangsung di kawasan Blok 4A & 4B Fasa 4 Presint 9 Putrajaya pada Ahad, 28 Dis 2014. Program ini telah disempurnakan oleh Datuk Haji Nordin Hasan, Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya merangkap Ahli Lembaga Perbadanan Putrajaya yang dianjurkan oleh MPPWP Sub Zon E dengan kerjasama iM4U, Surau Al Musthofa dan KRT Pc4. Dalam masa yang sama, konvoi Wira telah dilepaskan dengan gimik perasmian ialah acara bergotong royong membersihkan kawasan sekitar. Ini adalah antara usaha bersepadu semua pihak bagi memastikan tempat pembiakan nyamuk aedes tidak terdapat di kawasan tempat tinggal.