Mesyuarat Biro Pendidikan
PUTRAJAYA – Mesyuarat Biro Pendidikan kali ketiga telah berlangsung pada 30 Dis, Selasa di Kelab Tasik Presint 8 Putrajaya. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Datuk Nordin Hasan selaku Pengerusi BIRO Pendidikan merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya. Dalam mesyuarat tersebut turut dibincangkan penyerahan bantuan beg dan peralatan sekolah yang bakal dilaksana pada Jumaat 2 Jan 2015 dan dijangka dilakukan serentak di semua Sekolah di Putrajaya. Semoga segala usaha murni dapat dilaksanakan dengan lancar.