Berita

Misi Bantuan Banjir Berterusan di Putrajaya

PUTRAJAYA – Misi bantuan untuk mangsa banjir berterusan di Putrajaya apabila satu majlis penyampaian bantuan telah dilaksana oleh Persatuan Penjaja Putrajaya kepada pihak Perbadanan Putrajaya. Penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Penjaja Putrajaya kepada wakil Perbadanan iaitu Datuk Nordin Hasan selaku Ahli Lembaga Perbadanan Putrajaya merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya pada 30 Dis, Selasa. Semua bantuan terbabit telah dikumpulkan di Dewan Fasa 10 Presint 9 untuk dibawa ke Pusat Bantuan Banjir di Pantai Timur. Semoga setiap usaha murni yang dirancang akan mendapat keredhaan Allah SWT dan berlangsung dengan lancar.