Berita

Peralatan Persekolahan Untuk Anak-anak Putrajaya

PUTRAJAYA – Sesi baharu persekolahan akan bermula dengan anak-anak Putrajaya akan kembali menghuni sekolah-sekolah dan menuntut ilmu sebagai landasan untuk masa hadapan. Majlis penyerahan bantuan peralatan persekolahan kepada wakil pentadbiran sekolah bagi telah dilaksanakan hari ini, Jumaat, 2 Jan 2015 sebagaimana berlangsung di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) dan Sekolah Kebangsaan Presint 14 (1).

Bagi Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) penyampaiannya telah di sempurnakan oleh Datuk Nordin Hasan selaku Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya sementara di Sekolah Kebangsaan Presint 14 (1)penyerahannya telah dilaksanakan oleh AJK UMNO Bahagian Putrajaya, Puan Husna Rahaman yang menyampaikannya bagi pihak Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya.

10419993_785293621505922_3054103367422798307_n

10896973_785394771495807_8926565222374785359_n

10896981_785394724829145_4253507488412376423_n