UMNO Putrajaya Turun Padang Bantu Mangsa Banjir
PUTRAJAYA – Keprihatinan warga tempatan melalui UMNO Bahagian Putrajaya direalitikan dengan misi menyampaikan bantuan dan membersihkan rumah-rumah mangsa banjir di Pantai Timur. Antaranya ialah di daerah Tendong Pasir Mas, Kelantan yang diwakili oleh Tuan Rusdi Awang iaitu Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagia dengan menyampaikan bantuan. Turut bersama beliau ialah Tuan Ismail Tuan Abdullah iaitu Ketua UMNO Cawangan Bunga Cempaka.
Dalam perkembangan yang sama, UMNO Putrajaya turut melakukan bantuan mangsa banjir Temerloh, Pahang yang turut disertai oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya, En Ahmad Faisal Abdul Karim dan juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Putrajaya Pn. Noraini serta Puan Husna Rahaman selaku Pengerusi Biro Kebajikan bersama para sukarelawan.
Semoga usaha murni dalam membantu masyarakat akan memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.
You must be logged in to post a comment.