Aktiviti & Komuniti

Maulidur Rasul Terus Dirai

PUTRAJAYA – Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Fasa 5 dan 6 Presint 9, Putrajaya telah diadakan pada Ahad, 11 Jan 2015 bermula dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Majlis yang bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ tersebut telah dimeriahkan dengan program Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Datuk Daud Che Ngah selaku mantan Pengurus Besar Tabung Haji. Kejayaan dalam melaksanakan majlis tersebut terserlah hasil anjuran Surau Saidina Othman Al Affan dan Surau Abu Bakar As Siddiq dengan kerjasama Persatuan Penduduk Fasa 5 dan 6 serta KRT Fasa 5. Sesungguhnya per,uafakatan dalam masyarakat membentuk kesejahteraan bersama.

10897085_790716944296923_2559090390151688051_n

10917086_790716587630292_2111191135314633227_n

10923539_790717214296896_4059340727165165670_n

10933758_790716704296947_5050034000216951334_n