Berita

Perkukuh Muafakat Untuk Kesejahteraan Bersama

PUTRAJAYA – Kesejahteraan dan kestabilan dalam masyarakat bergantung kepada permuafakatan yang mana ia menjadi keutamaan dalam kehidupan sebagaimana yang diaplikasi oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Sebagai pemimpin tempatan beliau sentiasa mencari ruang untuk bersama-sama rakyat setempat dalam suasana santai dan mesra termasuklah menghadiri majlis perkahwinan penduduk tempatan.

Pada Sabtu, 17 Jan 2014, beliau telah menghadiri majlis perkahwinan puteri Tuan Che Soh Husin dan Puan Wan Rose Wan Yaacob yang berlangsung di Taman Botani Putrajaya. Dalam kesempatan ini juga beliau turut beramah mesra dengan para tetamu yang hadir dan menyampaikan ucapan tahniah kepada keluarga pasangan mempelai. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian dan Ketua-ketua UMNO Cawangan serta para komuniti setempat.

10931394_793209977380953_4661260108580350033_n

10250035_793209960714288_7412082240307277081_n (2)