UMNO Putrajaya Terus Pastikan Keselesaan Rakyat
PUTRAJAYA – Keprihatinan UMNO Bahagian Putrajaya dalam memastikan keselesaan penduduk tempatan tidak pernah terhenti, malah diperhebatkan dari masa ke semasa melalui Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya.
Saban hari ada sahaja program tempatan dilaksanakan dengan mengenalpasti mana-amana anggota masyarakat yang tidak bernasib baik, ditimpa keuzuran, dan berada dalam keadaan yang tidak sihat bagi memastikan bebanan yang mereka rasai dapat dikongsi bersama.
Antaranya, Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya dengan ketuai oleh Pengerusinya, Puan Husna Rahaman bersama anggota bironya telah menziarah Puan Zaimah di Fasa 4B Presint 8 dan juga anak Puan Suriati di Fasa 4 C Presint 8 pada 9 Feb 2015, Selasa. Perkembangan kesihatan diambil berat selain turut mendoakan agar mereka segera sembuh.
Pada hari sebelumnya, Puan Husna bersama anggota bironya telah berkunjung ke Hospital Putrajaya bagi menziarahi adik Fatimah Az Zaharah Hairani dan Puan Rohana Sapie dari UMNO Cawangan Ixora yang tidak sihat. Semoga dengan kunjungan dari anggota Biro Kebajikan tersebut akan dapat memberi semangat untuk segera pulih seperti sediakala.
You must be logged in to post a comment.